Sunday, September 28, 2008

My 15th Birthday

On the 27th September 2008, i had celebrated my 15th birthday. I fell very happy this year because I succeeded in celebrating my birthday this year.

Pic- Ice-cream Cake

Sepupu Nassif turut hadir untuk menyambut Birthday Nassif. Im very proud because my father is around to celebrate my birthday. Huray!!

Pic- With My Ice-cream Cake & When Tiup Lilin.

Yang kelakarnya, bila Pak Ndak Nassif nak potong Ice-Cream Cake itu, pisau kek patah. Haha. . Itu menunjukan bahawa kek ini memang betul² diperbuat daripada Ice-Cream. Bukan tipu². Huhu..

Pic- Cuba untuk potong kek

Thanks to all yang telah celebrate my birthday expecially my parents because bought me Ice-Cream Cake. Love U..


Pic- My brother, My cousin and I

Pic-Melayan Phone Call kawan who wish to Me"Happy Birthday"

If umur Nassif panjang, Nassif berharap tahun depan boleh celebrate lagi. Maybe lebih bagus dari tahun ini. Insya'Allah.

Sunday, September 14, 2008

Rambut Raya

Pic-Rambut Nassif Sebelum Potong(Muka Blur)
Hari ini Nassif terpaksa potong rambut Nassif. Ingatkan tak nak potong. Nak beraya dengan rambut macam ini tetapi rimas rambut panjang² ini. So, Nassif ambil keputusan untuk potong rambut Nassif untuk raya. Haha.. Nassif potong sehingga pendek.
Pic-Rambut Baru Nassif Untuk Raya

Ok jugak hasil dia. Nassif tak menyesal potong rambut hingga pendek. Dia ada promote minyak rambut khas untuk rambut Nassif.. Haha.. So, Nassif belilah. Harga tak perlu bagitahulah. Raya tahun ini mesti Grand punya....

Thursday, September 11, 2008

Certificate for Cambridge Esol Exam.

Pada 04-09-2008(Khamis) Nassif akhirnya berjaya diiktiraf dari University of Cambridge & telah mendapatkan sijil kelulusan Cambridge dalam Key English Test(KET). Nassif berasa sangat gembira kerana hanya sekali seumur hidup untuk berjaya. Haha.. "Bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal". Nassif bersyukur kerana diberi peluang untuk berjaya dalam bidang Bahasa Inggeris ini.


Bukan kepada cikgu Nassif dan keluarga Nassif, malah kepada semua kawan² Nassif yang selama ini berdoa untuk Nassif.

Pic-Bersama Mr Eric Chong(Founder of Erican)

Pic-Semua kawan Nassif yang ambil Exam sekali

Terima kasih u guys because banyak support me dari belakang. I Love U Guys.

My Second Baju Melayu

Tahun ini Nassif ada baju melayu dua pasang. Tapi baju melayu ini bukan beli kat butik. Just beli dekat kedai biasa. Nassif dah lame tak pakai baju warna Maroon. So, ambilah baju warna Maroon. Nampak cantik.

Pic-My New Baju Melayu

Nassif tahun ini kira raya dengan Baju Melayu saja kot! huhu.. So, mungkin raya tahun ini meriah.... I WAIT FOR YOU AIDILFITRI.

Selamat Meyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan kembali lagi. Pada bulan Ramadhan ini biasalah, banyak dugaan yang perlu kita tempuhi. Salah satunya ialah bangun Sahur. Nassif selalu bangun sahur dalam pukul 4.45 pagi. Terlalu awal. haha. Tapi Nassif tidak kisahlah, awal ke lambat ke. Janji bangun. First time nak bangun tu berpeluh jugak. Seminggu dua selepas itu boleh lah. Dah biasa.

Pic-Selepas bersahur.

So, to all my friends I hope u guys happy and don't miss this Ramadhan because it come once a year. Yang suka bergosip tu, rehatkan mulut anda selama sebulan. Haha & Selamat Berpuasa diucapkan kepada u guys and jangan lupa solat terawih. Puasa jangan tinggal ek!! I wish u luck in this Ramadhan.........

Friday, August 22, 2008

Baju Hari Raya Aidilfitri

Hari ini Nassif pergi ke Butik Gene Martino yang terletak di Lagenda Height, Sungai Petani untuk mencari Baju Raya tahun ini.

Pic-Butik yang Nassif beli baju Raya

Nassif masuk² sahaja Butik itu terlalu banyak jenis Baju Melayu dan Baju Kurung. Pening kepala nak pilih yang mana satu. Ada macam² warna yang Nassif minat. Wahahaha. Tapi tak kan nak beli sampai banyak² pasang. I must choose the best and suitable for me. Nassiflah yang banyak kerenah sikit kalau nak beli Baju Melayu ni. Adik Nassif dah siap pilih semua, Nassif baru nk pilih. Hehe. Selepas itu pilih punya pilih punya pilih, Nassif dapat yang sesuai dengan Nassif.

  • Design: Mini Wave
  • Quality Cotton: Premium Yarn Satin
  • Colour: Champagne
  • Cost: $$$ Ringgit Malaysia
Pic- Inilah Baju Melayu Nassif Tahun 2008

Inilah Baju Melayu yang sesuai dengan Nassif. Hampir separuh mati Nassif pilih. Boleh jadi Rambang Mata tengok Design dan Quality kain dia. Cantik Banggat. So, Nassif tak adalah beli sampin lagi. Sebab tahun lepas punya sampin masih boleh dipakai. Jimat-cermat. Nak bayar duit minyak. Hehe. Tapi mungkin tak sepadan dengan Baju Melayu Nassif tapi Nassif x kisahlah.


Pic-Inilah Baju Melayu Nassif sekali dengan Sampin.

Pic-Me on my new Baju Melayu

So, Mungkin tak sepadan janji pakai saja. Benda dah ada tidak perlu membazir. Haha. So, Harap² tak ada lah sepupu atau Bapa Saudara Nassif yang pakai Baju Melayu sama dengan Nassif dan Nassif juga harap Raya Aidilfitri tahun ini meriah. Yahoooooooo.

P/S: Korang jangan curi² beli baju sama macam Nassif ek!!! Huhuhu..

Saturday, August 16, 2008

Result Cambridge

Hari ini, Nassif kena pergi ambil statement result peperiksaan Key English Test(KET) Nassif. So, gementar rasa pula. Entah lulus atau pun tak. huhu... So, bila sampai dekat sana Nassif kena ikut giliranlah nak ambil statement tu. Bukan Nassif sorang aje yang ambil exam tu. Sementara tunggu giliran, sorang kakak dekat sana beritahu Nassif jangan nervous. Relaks je. Dalam keadaan Nassif nervous, dia datang borak² dengan Nassif. Kononnya nak hiburkan Nassiflah. hehe...

Pic-Gambar Nassif bersama kakak yang temankan Nassif.

Selepas lebih kurang setengah jam Nassif tunggu. Sampailah giliran Nassif untuk ambil statement Nassif. Nassif dah rasa seram sejuk. Hehe... Bila masuk aje dekat bilik result, tiba² diaorang ucap kepada Nassif "Congratulation" kerana Nassif berjaya dalam Exam itu dengan keputusan Pass With Merit. Nassif menjerit² kegembiraan. Guru yang mengajar Nassif pun turut tumpang rasa gembira atas keputusan yang diperoleh oleh Nassif.

Pic-Muka penuh kegembiraan.

Lepas itu, bila Nassif balik rumah emak Nassif masak Special punya untuk Nassif. Emak Nassif setahun sekali sahaja masak makanan ini. Hehe... Makanannya adalah Bihun Goreng. Sedap....

Pic-Bihun Goreng khas untuk Nassif. Hehe...

Lepas Nassif makan punya makan punya makan, Nassif rehat jap. Letih makan. Tiba² Nassif teringat yang hari ini 16 Ogos 2008 bersamaan dengan Nisfu Syaban iaitu 14 Sya'ban 1429 Hijrah. So, Nassif terus kalut² siap untuk pergi solat Maghrib di Masjid.

Pic-Sedia untuk pergi Masjid

Kebetulan pula, ada seorang ustaz ni. Dia pun nak pergi ke Masjid juga. Jadi, Nassif tumpanglah ustaz ini.

Pic-Sempat bergambar dengan ustaz. hehe...

Selepas selesai tanggungjawab Nassif di Masjid, Nassif terjumpa dengan kawan lama Nassif. Nama dia Lokman. So, borak punya borak. Nassif tangkap gambar dengan dia.

Pic-Nassif & Lokman


Lepas lama juga kami borak. Nassif pun terpaksa balik kerana sudah berjanji dengan adik untuk baca Yassin sekali. So, Nassif balik² ambil Wuduk dan terus capai Surah Yassin semperna Nisfu Sya'ban ini.

Pic-Baca dengan penuh Khusyuk

Selepas selesai semua, Nassif rasa gembira kerana semua yang dicadang Nassif sudah dilaksanakan. Bak orang tua² kata "Kita hanya mencadang, Allah yang menentukan" Jadi, Nassif terus capai keputusan Nassif dan Nassif seperti tidak percaya dengan keputusan Cambridge yang Nassif dapat itu Nassif yang punya.

Pic-Menangis kegembiraan.

Alhamdulillah. Rezeki Nassif agaknya. Kepada kawan² Nassif terima kasih kerana selamani Memberi dorongan dan berdoa untuk Nassif. Terima Kasih banyak². hehe.... Thank You Teachers and God..

Thursday, August 7, 2008

Hello!!!

Hye korang. Hari ini Nassif boring-boring. Tak tau nak buat ape. So, Nassif terfikir pulak nak buat Blog. So, Hari ini dengan rasminya Nassif buat blog ini. Setelah lama Nassif impikan. So, sekarang ni Nassif dah pon tunaikan perjanjian Nassif untuk buka Blog. Haha... So, Insyaallah Nassif akan update blog ini dalam masa yang terdekat. Selalu lah singgah-singgah kat Blog Nassif ni ek! Haha... Harap korang semua happy baca blog Nassif yang tak seberapa ini.


Pic-Gambar sebagai pelancaran Blog baru Nassif