Monday, May 18, 2009

Sorry Guyz

Hey u, I'm very² sorry b'coz buat masa skrg nie Nassif x ada masa lah nak update my blog nie! I know ramai dah orang tanya Nassif bila nak update blog. Member² sklh lama and kenalan Nassif kat Facebook, Myspace & Friendster but sorry lah ek? Nassif akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa Nassif untuk update blog Nassif. Ada yang nak tahu tentang my trip to Thailand. Hahaha.. Nassif ambil peluang ini untuk beritahu korang memang BEST GILER ar pergi sana! Nanti Nassif update blog Nassif citer pasal trip tuh. Korang jangan risaulah, Nassif akan update nanti. Korang just tunggu jer ek? So, okey lah. Eh, sebelum tuh. G00D LuCK for ur Mid-Term exam. Skrg nie minggu periksa. Well, nak cuti lah katakan! okey lah! Hope ur will enjoy the day and life. Jangan lupa Study! Mid-Term nie Nassif kena dapat at least 5 A's. Thats my target. Doa² kan ek untuk Nassif supaya dapat mencapai sasaran Nassif. Anyway Always Be Happy. Chow!

Wednesday, March 18, 2009

School Break

Yay! inilah saat-saat yang dinantikan oleh aku! hehe.. aku bole tidor and bangun lewat! ini yg best! And mesti ada dikalangan korang yg akan or yang sudah pergi bercuti with ur family isn't.. Best lah korang. Nassif cuti ni dok rumah jer! Xpe lah. Nassif x kesah sangat. Tapi yang paling best kan, bila dapat bngn lewat! Perghhh!! BESTTTT!!! haha! mesti korang ingat aku ni mcm malas nk bangun tidor.. Nassif bukan mcm tuh lah.. Masa bukan cuti sekolah, bangun awal giler.. Subuh-subuh dah bangun dah. Then, mulakan XTVT harian Nassif. So, itu lah yang Nassif nak kongsi dgn korang my cuti sekolah nie and satu lagi, Nassif online x tentu masa, Xder masa konon nyer lah.. Hehe.. So, okey lah korang! Chow!!!

Mohd Nassif Mohd Nasir a.k.a. Nell
-

Saturday, March 7, 2009

My Life

-
Hey guys. How are you? Nassif harap korng semua sihat lah ek disamping keluarga yang tersyg. Nassif dah berbulan-bulan tak update blog Nassif ni coz busy dgn sekolah, homework, and macam-macam lagi lah. So, sorry ek! Nassif banyak libatkan diri dalam bidang kokurikulum awal-awal tahun ni. Kepada kawan-kawan Nassif yang satu sekolah sdg baca blog ni, korang tahu lah kan macam mana aku skrg. Boleh dikatakan org yg plg busy sekali dlm kelas. Hehehe... Eh korang, I just nk share sikit-skit pasal cuti Nassif bulan 12 hri tuh. Nothing special actually. Nassif just pergi Kuala Lumpur, Cherating di Kuantan, Pahang and Melaka. Yang paling best Melaka lah because pergi ramai-ramai. Hehe.. Then, pergi Sri Hartamas. Makan dkt situ best-best. Sedap-sedap. But paling mnyeksa sekali bila nak bayar tuh. Arghhhh.. Hehe. Korang pon mesti tahu lah kan mcm mna harga makanan kat situ. Tapi dah makan punya pasal, bayar lah jugak. About my school pulak, Nassif ambil aliran Enginering. Nassif enjoy aliran tuh tapi ade jugak subjek yg pening2 skit. Minat punya pasal, x kesah. Nassif rasa setakat ini saja lah kot yg Nassif nk kongsi dgn korang semua. Eh2, macam ada lagi jer yang nk dikongsi dgn korang. Aper ek???? Yeah. Dah tahu, Nassif insyaallah kalo tak ada halangan. I'm going to Krabi, Thailand and also Mekah untuk memunaikan umrah. Nak pergi Phuket pada 30 April nie and menunaikan Umrah pada hujung bulan Mei. Untuk keterangan lebih tepat nanti, Nassif bagi tahu korang lain lah ek. So, rase tak ada ape dah kot. Ade ape2 nanti Nassif update blog ni and korang baca lah ek.? So, thanks coz sudi luangkan masa korang untuk baca blog saye yang hodoh and buruk ni. Hehe.. Ok. Bye for now. Daa~~~

Saturday, January 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Nassif ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua pembaca blog Nassif

SeLAmaT haRI RaYA AidIlAdhA
-


Sunday, December 14, 2008

400 teens vie for 250 places at RMC

*

The Star, Thursday- 4th December 2008


KUALA LUMPUR: It is hard to find 15-year-olds willing to give up their PlayStations for two years but that is exactly what more than 400 applicants vying for a place at the Royal Military College (RMC) are willing to sacrifice.These post-PMR students selected from the more than 1,000 applicants nationwide went through intense physical tests at the RMC yesterday, which included push-ups, sit-ups and running, to determine if they have what it takes to make it at the prestigious military school.There are vacancies for 250 students at the school. “I believe this is the best place for me to achieve my dreams and develop my talents,” said Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin, who returned on his own accord from the United States, where his father works as a diplomat at the Malaysian Embassy, just to sign up for the RMC.

More than 400 teenagers aspiring to enter the Royal Military College went through intense physical tests yesterday to see if they have what it takes to be recruits. The drills, including push-ups, seemed too much to stomach for some of the post-PMR students. Education at the college includes academics and military training.

“We will have to give up things like video games, TV and in my case, friends. But being successful isn’t easy. You have to sacrifice for it,” Zainal Asnawi said.Education at the RMC is a combination of academics and military training with a strong focus on discipline and character building.Prominent RMC alumni include former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik and Akademi Fantasia host AC Mizal.

Sunday, November 16, 2008

Tawaran ke Maktab Tentera Diraja

P/s: Doa-doakan lah supaya Nassif berjaya dalam Ujian Khas Maktab Tentera Diraja(UKMTD). Nassif juga mengharapkan ujian khas itu, tidak terlalu susah dan harap² tidak diseksa teruk.

Friday, October 31, 2008

Open House

Nassif ingin menjemput semua untuk datang rumah terbuka Nassif pada:-
  • Hari Isnin

  • 27 Oktober 2008( 27 Syawal 1429 Hijrah)

  • 1.00 -6.00 ptg

  • Bertempat di rumah jenis Rosetta
Datang lah beramai-ramai. Kalau boleh, bawa satu kampung lagi bagus. Haha..

Penilaian Menengah Rendah(PMR)

Tahun ini, Nassif mengambil PMR. Alamak! Semua orang akan menghadapi PMR ini. Sekali seumur hidup. So, Nassif berpesan pada diri Nassif sendiri supaya cuba yang terbaik untuk PMR ini. Kepada calon-calon PMR tahun 2008. GOOD LUCK!

Pic- Berpeganglah pada kata² ini.

Nassif berharap agar kawan² Nassif sudah bersedia berjuang. Try your best. Dont make your parent Sad. Try to make them Happy.

Pic- Jangan study dalam keadaan macam ini

Pic- Jangan study last minute

What can i say here is.......


Semoga Berjaya. Semoga cita-cita anda semua tercapai!

Sambutan Hari Raya 2008

01 Oktober 2008(1 Syawal 1429 Hijrah)
Tahun ini, keluarga Nassif telah membuat keputusan untuk beraya di ibu kota iaitu Kuala Lumpur(selalunya balik Changlun & Perlis saja)Bercadang untuk balik pada malam raya tetapi kerana emak Nassif tidak dapat cuti pada hari itu, terpaksa lah pulang pada pagi raya. Selepas sahaja Sembahyang Raya, kami terus bertolak pulang ke kampung. Sebelum Nassif balik ke Kuala Lumpur, Nassif singgah rumah Ibubapa Mak Su Nassif di Kulim, Kedah. Breakfast lah konon. Hihi. Then, bila sampai saja tiada siapa pun dekat sana. Yang ada hanya My Cousin with her daugher and son.

Pic- My Cousin, Kak Hana
So, Nassif duduk² kejap. Then, terus makan. Ingatkan makan Ketupat, Lemang, Rendang, Serunding & Kuih Raya saja. Tengok², makan Nasi. Nasi ape pun Nassif tak tahu lah. Makan saja. Janji perut kenyang. Actually kena tunggu Pak Ndak and family dulu, but diaorang lambat lagi nak sampai. Kami makan dulu. Haha. Nassif makan sampai tak ingat dunia. Huhu. Maklumlah, sebulan berpuasa. Then, lepas habis makan semua. Pak Ndak Nassif pun sampai. Diaorang sampai terus serbu meja makan. Haha. Mungkin lapar kot. Hehe. Sepupu Nassif ajak makan sekali lagi but tak boleh lah. Kang nak balik KL, berat pulak kereta.

Pic- Najla sedang mempromosikan nasi yang Maksu masak

Pic- Juadah Hari Raya

Pic- Mak Ndak & Najmin makan dengan penuh berselera

After settle semua pasal makanan, Nassif and all my cousin mulalah beraya. Bersalam-salaman dan Mintak ampun dan maaf. Sambil² itu, sempat juga Nassif bergambar. Haha. Itu perkara penting.

Pic-Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

Kami mula lah bergambar dengan Family. Yang paling banyak action my Cousin Najla. Yang teruknya Nassif lah. Kena ikut saja dekat mana dia nak tangkap gambar. Nasib baik lah dia tu pun ikut Nassif juga. Nak tangkap gambar kat mana² yang Nassif suka. Kalau tidak, jangan mimpi lah Nassif nak ikut dia. Haha..

Pic- Najla yang gila bergambar

Selepas Nassif habis menangkap gambar Si Najla ini, Nassif punya turn lah untuk tangkap gambar. Tak banyak actually gambar yang Nassif tangkap sebab tak larat lah. Haha. Makan banyak sangat.


Pic- Pak Su Khalid. Bukan Pak Su Saiful saja yang Famous

Pic- Nice picture ke?

Lepas letih bergambar, Nassif pun dah tak nak bergambar lagi. Just nak rehat dan Relaks. Nak tengok tv, tapi tak ada rancangan yang best time tu. Just rehat dan dengar orang sembang saja.

Pic- Tunggu masa nak balik KL. Tak larat dah

Dalam pukul 2.45 Petang, Nassif pun dah nak bertolak Balik Kuala Lumpur. So, nassif pun bersalam lah dengan semua yang ada. Suddently, sapa entah nak suruh tangkap gambar semua orang. So, tangkap gambar lagi! Aduh! Tak larat nak Control and Senyum. Haha.. Tak apa lah, Family punya pasal.

Pic- Tak cukup orang lagi ni.

Lepas habis tu, Wah! Lega! So, mula lah bertolak pulang ke Ibu Negeri Malaysia. Tak sempat setengah jam bertolak. Nassif terus melelapkan mata. Berada di alam mimpi. Haha.. Selepas itu, Nassif terjaga. Tengok² still kat atas jalan raya. Then, cadang nak tidur balik. Tapi, tak jadi. Lepas tu, text lah kawan² Nassif tanya sambutan raya macam mana. Expecially Her. Haha.. Dalam pukul 6.30 petang, Nassif sampai lah Kuala Lumpur. First place did my family went is Petaling Jaya. Jumpa lah family dekat sana iaitu Pak Teh's Family & Pak Tam's Family ! Then, mula lah bergambar balik. Adush!

Pic- Abg Johan yang letih, baru balik raya actually

Lepas beraya, Nassif dengan sepupu Nassif duduk lah sembang². Lama juga duduk kat situ. Then, dalam pukul 11 malam macam tu. Nassif bertolak pergi ke rumah Grandma Nassif dekat Kota Damansara. Then, tidor lah dekat sana.

02 Oktober 2008(2 Syawal 1429 Hijrah)

Nassif bangun lewat jugalah hari ini sebab letih melanda diriku semalam.Grandma kata " Bangun lewat macam ini, Macam mana nak jaga isteri nanti. Isteri kamu yang kena jaga kamu. Takut² isteri lari saja". Haha.. Nassif pun cuma gelak² kat Grandma and senyum² dekat Grandma. So, Grandma Nassif hanya geleng kepala saja. Grandma Nassif pun sambung balik menghidang makanan. Nassif pun pergilah buat ape yang patut untuk keluar beraya. Pagi² tu, Nassif tak makan banyak sebab jaga perut untuk makan rumah orang lain. Suddently, Pak Su Saiful call. Dia tanya ada kat mana? Nak join dia tak g Lembah Keramat? Nassif pun kata nak! Kami memang nak pergi pun Lembah Keramat beraya dekat rumah Pak Lang. So, Nassif jumpa Pak Su dekat sana! Nassif sampai², Pak Su sudah ada dekat sana. Nassif pun Makan, Makan, Makan and Makan.

Pic- Dengan Pak Lang and Abg Shukri

Then, lepas makan. Lepak² dengan Pak Su. Rindu dia. Lama tak jumpa dia. Jumpa pun kat TV saja.

Pic- Nassif, Pak Su and Anak Abg Amir( Tak tahu nama)

Then, Tiba-tiba saja. Nassif rasa macam nak demam. Nassif terus buka sampin semua. Ambil sampin buat selimut. Pak Su suruh makan ubat, tapi Nassif tak nak. Tak ada ubat time tu. So, Pak Su Nassif suruh rehat. Lepas Zuhur, Nassif konvoi pergi ke Ampang pula. Beraya dirumah Mak Long. Dalam perjalanan tu, Nassif dah tak boleh tahan dah. Sejuk ya amat dekat dalam kereta Pak Su. Nassif just bertahan saja. Sampai saja rumah Mak Long Nassif, Nassif salam² dengan semua yang ada. Kebetulan pula, ada tetamu dekat rumah Mak Long. So, Nassif boleh lah rehat² kejap. Nassif minum air. Pak Su Nassif suruh pergi tidor. Nanti dia nak gerak bangun. Nassif tak nak juga. Haha. Degil juga aku ni. Then, lepas tetamu balik. Turn kami pulak sembang² dengan Mak Long & makan. Happening juga time tu, ada Pak Lang yang suka buat lawak. Nassif hanya bertahan dan berlawan dengan demam Nassif. Dalam pukul 4, Pak Su Nassif kena masuk kerja dah. So, Nassif pun salam² dengan dia. Peluk² dia. Haha. Bukan senang nak jumpa dia. Dalam pukul 7.45 malam, baru lah habis beraya. Nassif dan keluarga terus balik ke rumah Grandma. Nak tidor... Sebelum tidor, tengok Pak Su Nassif baca berita.

03 Oktober 2008(3 Syawal 1429 Hijrah)

Hari ini pun, Nassif bangun lewat juga. Grandma Nassif kata " Kalau hari-hari macam ini, Isteri nak makan apa pun tak tahu". Haha. Nassif kata " Makan nasi dengan lauk lah". Hahaha.. Dia pun kata "Duk merepek, Mengigau ke ape". Haha.. Nassif terus mandi. Nassif terus packing beg Nassif sebab hari ini, nassif nak kena tidor kat rumah Mak Ngah dekat Taman Melawati. Malam itu, Nassif kena masak BBQ. Alamak! Kerja yang susah. Haha.. Nassif pun masak lah dengan cousin Nassif iaitu Abg Kimi & Abg Riduan.

Pic- Habis baju semua

Pic- Sempat bergambar. Harap² tak hangit.

Di antara Daging, Ayam & Kambing. Yang paling susah nak bakar ialah Ayam. Susah nak masak and kena selalu alihkan ayam tu. Sekarang baru Nassif tahu yang mana bukan senang nak masak BBQ ini. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Pic-Tengah tunggu makanan

Selepas siap semua, baru lah Nassif makan. Sedap juga makanan yang dimasak oleh Chef Nassif. Haha.. Lepas makan semua, Nassif pun sudah tak tahu nak buat apa. Then, Nassif online. Haha.. Nasib baik ade Internet. Tiba², anak sedara pulak kalut nak bergambar. Nassif pun kata OK.

Pic-Muka blur saja semua

Then, lepas online, makan, sembang², buli anak sedara. Nassif pun tidor. Tak larat dah. So, habis sudah hari raya ke-3.

04 Oktober 2008(4 Syawal 1429 Hijrah)

Hari ini, Nassif pun dah nak kena balik. Sebab esok sudah sekolah. Tak puas rasa raya tahun ini. So, raya tahun ini pun ok jugak lah. Tak ada lah boring sangat but banyak pengalaman lah raya kat Kuala Lumpur ini. Thanks to all yang bagi Nassif Makan, Minum & Duit Raya kat Nassif. Haha.. To Pak Su Saiful, "Mana duit raya? Tak kan nak tunggu sampai dah kahwin baru nak bagi?" Haha.. Kepada Grandma, "Insyaallah isteri tak kan lari kot, Saya yang akan jaga isteri" Haha..

Setakat ini saja lah serba sedikit Sambutan Hari Raya Nassif ini. Harap², korang enjoy baca Blog nassif yang tak seberapa ini. Haha.. OK.. Thanks a lot.. Bye!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nassif ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Nassif ingin Meminta Ampun dan Maaf jikalau Nassif ada terkasar bahasa ke, terjerit ke, termarah ke, terpukul ke dan macam² ter lagi lah serta kesalahan Nassif yang sengaja ataupun tidak sengaja. Harap maafkan diri Nassif ini dari hujung rambut ke hujung kaki.


Jangan lupa nanti ada Ketupat or Lemang yang lebih, tinggal lah untuk Nassif. Jangan lah bagi bekas orang makan. Haha.. Kalau boleh, Kuih Raya sekali. Hihi..