Friday, August 7, 2009

Boring Life!

What is the meaning of 'Boring Life'? ntahlah. Tak bole nk nafikannya. Skrg Nassif nk kata boring life jer lah sbb bnyk sgt dugaan demi dugaan yang perlu ku tempuhi. Setiap detik dan saat diriku diuji dengan pelbagai ujian. Yang paling ku sedih, kecewa, frust, ialah diriku diuji dgn khlgn seorang shbtku yg ku syg. Kehilangannya itu sebagai satu kehilangan yg besar dlm hidup ku kerana dirinya itu adalah seperti diari ku tetapi malangnya sudah hilang tanpa sebab yg kukuh. Adakah salah ku? Apakah dosa ku ini wahai kawan ku? Kehadiranmu itu memberi ketenangan, keceriaan, kegembiraan kepada ku tetapi skrg ini sudah jadi begini dengan sebab yg tidak bole diterima. Aku mengharapkan agar perkara ini bole diselesaikan dan anggapan mu itu adalah satu anggapan yg tidak benar. Wahai sahabatku yg ku hormati, dirimu telah membuat keputusan yg amat mengecewakan diriku tanpa berbincang mahu pun sebab anda membuat keputusan seperti itu. Aku harap agar kita dapat pulih seperti biasa. Kehilangan mu menjadi satu titik noktah yg telah membuatkan diriku kini sayu dan sunyi semula.



Diriku kini ditemani oleh teknologi yang tidak mempunyai nyawa, perasaan dan emosi. Diriku kini menjadi seperti dulu semula yg hilang arah tuju. Kehilangan dirimu memberi kesan yg besar kepada ku. Mungkin dirimu tidak terasa seperti kehilangan tetapi diriku ini.




  • "Nassif, bangun tidor oi",


  • "Nassif, pi makan"


  • "Nassif, bangun smbhyg jumaat"

Kata² ini menjadi kenangan diriku dan tidak akan berlaku lagi. Ku rindu akan semua ini. Wahai sahabatku, aku cuma mengharapkan dirimu supaya hubungan seperti dulu terus terjalin agar diriku tidak menjadi sunyi dan hilang arah tuju. Dirimu itu seperti membimbing ku dan mencari arah tuju seterusnya dari hari demi hari.



"Oh teman, Jalinlah hubugan seperti dahulu"



Love,

Nell

0 comments: