Tuesday, November 17, 2009

Enjoying My Life



Well! Well! Well! haha.. Nassif lama x buka blog nie then suddently teringat pula nk buka. After then terasa sedih pulak sebab keadaan blog Nassif nie membosankan.. Haha.. Tapi ape nk buat dah nasib mcm nie.. Huhu.. Nowdays Nassif enjoy my life lah because can go anywhere i want.. Walaupun Nassif da ada moto and lesen tetapi masih lagi tidak boleh terhad penggunaannya tetapi itu bukan penghalang bagi diriku untuk enjoy! haha.
-
Nassif kuar dgn kawan² yang sama gila dgn Nassif.. huhu.. Thank God now i've a friend that always respect me and always help me for any situation that im face(Bi pun berterabur sikit.. sorry).. huhu.. I proud with him.. Actually i was planning untuk pergi KL on 18/19 Dis nie tapi da ada perancangan lain. So, terpaksa batalkan.. Sedih jgk ar xbole pergi coz nk sngt² pergi on that date b'coz ada function.. Xder rezeki, xper ar..
-

Btw, Congratulation to Mr Azrul & Mrs Azlinda yg telah menjadi ratu sehati.. I had a great time there.. Happening giler..

-

First time in mylife main boling hari tuh.. It was great because my first ball yg Nassif baling trus Strike.. My friend terkejut.. Haha.. And start from that day, it was my fav XTVT and game.. haha..

-

Sblm main bowling tuh, Nassif pergi tngk citer 2012.. Its was cool but sound system kat pawagan tuh kurang menakjubkan.. And jalan citer dier kurang sikit.. But its oke, im still enjoying the movie..

-

Lepas tuh, Nassif pergi melepaskan Stees.. Huhu.. I went to karaoke.. It was Amazing because dapat lepak² smbil nyanyi and borak².. Kitaorg ambil yg bilik nyer.. So, more enjoy.. My friend all sporting and i've sang a duet song.. Wahahahaha.. Itu pun sebab terpaksa and dipaksa.. Haha..


Lepas nie nk pergi XTVT kelas pulak kat The Carnivall, Sungai Petani.. Insyaallah kalo xder halangan, Nassif akan join..

-

Memang this year is the best year for me to enjoy because next year im going to facing SPM.. Arghhh!! But nevermind.. I'll think about it later.. Huhu..

-

So, thats all for now.. I hope u guys will have a good holiday memandangkan nk cuti dah next week. Okelah..

-

Chill it out....
-

Love,
Nell

Sunday, August 30, 2009

Titah Beta Semperna Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-52


-
Bismillahir Rahmannir Rahim,
Al-hamdulillahi Rabbil 'Alamin,
Wabihi Nasta'in.


Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Beta memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, atas limpah kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan merai Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-52 pada tahun ini. Besarlah harapan Beta semoga sambutan kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan daripada seluruh rakyat jelata, khususnya golongan generasi muda.

2. Beta berasa syukur dan berbangga kerana rakyat jelata masih dapat meraikan sambutan kemerdekaan dalam suasana yang penuh harmoni dan semangat perpaduan. Beta percaya bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan tonggak keamanan nilai-nilai murni yang kita amalkan selama ini dikekalkan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

3. Beta juga berharap agar negara kita menjadi model kepada negara-negara lain khususnya dalam kebebasan mengamalkan ajaran agama. Jesteru, keharmonian yang dikecapi ini melambangkan kesefahaman dan toleransi dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada penganut agama yang berbeza. Kesefahaman ini bukanlah mudah untuk kita perolehi. Tetapi berkat pengorbanan dan sikap bertolak ansur dalam kalangan rakyat mengamalkan ajaran agama masing-masing, maka kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang makmur.

4. Justeru, Beta berharap golongan generasi muda perlu menghayati erti kemerdekaan supaya menjadi bangsa yang mendokong cita-cita perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdahulu. Kesedaran ini akan menyemarakkan semangat cinta akan negara dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Hal ini ditetapkan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Sehubungan dengan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu difahami dan dihayati. Beta berharap para pendidik meneruskan usaha murni ke arah melahirkan generasi muda yang celik sejarah. Beta yakin, apabila generasi muda kita celik sejarah, kita berupaya mewujudkan modal insan yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.

5. Dalam mengekalkan kemerdekaan selama 52 tahun, kita telah dapat menghayati satu kelangsungan amalan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Hasilnya, tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, kita berupaya mengekalkan hak kehidupan di dalam negara yang berdaulat ini. Beta berharap agar para pendidik dan murid-murid menjadikan Perlembagaan Negara sebagai satu wahana ke arah mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita mampu mengangkat martabat negara ke arah negara maju di mata dunia.

6. Kemajuan yang dinikmati tidak mampu dikekalkan sekiranya kestabilan politik tidak dapat diwujudkan. Justeru, Beta berharap rakyat dapat berpadu tenaga dan fikiran ke arah mewujudkan kestabilan dan keamanan negara yang berterusan. Oleh itu, Beta menyeru agar rakyat dan pemimpin tanpa mengira ideologi politik dan agama bersama-sama seia-sekata merungkai kesejahteraan hidup demi negara tercinta. Hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat, hendaklah "Bagai aur dengan tebing" supaya tiada jurang yang memisahkan rakyat. Beta amat berkenan dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kesungguhan para pemimpin membela hak rakyat mestilah diutamakan dalam agenda perjuangaan memartabatkan negara. Sehubungan dengan itu, negara akan terhindar daripada ancaman anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat.

7. Beta juga bersyukur kerana kita berjaya mengharungi kegawatan ekonomi dengan tabah. Walaupun tempiasnya masih dirasai, namun berkat doa dan usaha gigih para pemimpin negara dan rakyat, kita masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan daya saing negara di mata dunia. Dalam hal ini, kita perlu bersyukur kerana kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara masih dapat dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, Beta menyeru rakyat supaya bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha memajukan ekonomi negara. Beta percaya, berkat kerjasama semua pihak, negara dan rakyat akan terus menikmati tahap prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

8. Untuk memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan, Beta berharap agar rakyat terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Hal ini demikian kerana apabila kelima-kelima prinsip yang terkandung dalam Rukunegara diamalkan, kesedaran, kepatuhan dan kesetiaan kepada negara akan terus terpahat di hati sanubari rakyat. Impaknya, akan lahirlah rakyat yang berjiwa patriotik dan mengamalkan nilai-nilai murni. Beta juga inginkan rakyat terus mengekalkan perpaduan dan saling menghormati serta bekerjasama, bak kata pepatah Melayu "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing", dan "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni".

9. Generasi hari ini perlulah mempunyai minda kelas pertama selaras dengan inspirasi negara iaitu menjadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Beta percaya bahawa rakyat yang berakhlak mulia mampu menangkis gejala-gejala negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah, pecah amanah, gejala sosial dan sikap antinasional. Hal ini amat releven dengan dasar negara yang mahukan nilai-nilai integriti diterapkan dalam kehidupan. Oleh itu, Beta menyeru rakyat supaya dapat mengelakkan sikap antisosial yang boleh menghancurkan keamanan dan kesejahteraan negara.

10. Pada hari ini, dunia menghadapi pelbagai ancaman akibat daripada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai isu berkaitan alam sekitar, penyakit dan keamanan sejagat sering diperkatakan. Oleh itu, Beta menyeru agar rakyat dapat menangani masalah ini secara positif dan rasional. Sikap dan amalan yang berhikmah semestinya mendasari setiap tindakan yang dilakukan. Dalam hal ini, rakyat mestilah sentiasa berfikiran rasional yang Beta yakin menjadi indikator ke arah negara bangsa.

11. Harapan Beta agar Ulang Tahun Kemerdekaan kali ini menjadi sambutan yang mencetus dan menyemarakkan semangat '1Malaysia' menjadi kenyataan. Kerukunan hidup mestilah kita utamakan bagi menjamin hidup yang sejahtera dan berkekalan. Oleh itu, Beta juga berharap golongan generasi muda memahami erti kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Perjuangan memartabatkan bangsa dan negara dalam mengekalkan kelangsungan kemerdekaan negara perlu diteruskan. Justeru, keberkesanan guru-guru melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa ialah satu amanah yang mesti ditunaikan dengan penuh iltizam.

12. Akhir titah, Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar sambutan ulang tahun kemerdekaan yang kita raikan ini dapat merealisasikan matlamat mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara, selaras dengan tema Ulang Tahun Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-52 iaitu 1Malaysia. Oleh itu, tema ini mempunyai pengertian yang amat bermakna ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-52.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

-
Alhamdulillah kerana Nassif diberi peluang sekali lagi oleh Allah S.W.T. untuk berterus hidup dan menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. As usual my routine semasa cuti sekolah bulan puasa ni. Makan and Tidor.. Hehe.. Nak buat ape lagi kan? dah puasa. Mase yang pling meyeksakan adalah waktu sahur. Malas giler nk bangun.

Pic- Time nie org dah bersahur, Nassif x bangun² lagi

Kekadang tuh rasa malas jer nak bangun sahur. Tapi yg pelik nyer kan, im feel sleepy lepas bngn tuh tapi makan sampai tak ingat dunia.. hehe.. X tahu ape punya tabiat.. Lepas makan tidur balik.. Haha.. Cukup sebulan.. G-E-M-U-K... :-D
Kepada korang semua. Janganlah mengamalkan tabiat seperti ini, x elok.. haha.. So, bulan Ramadhan ini jugak kita tidak lupa untuk bersembahyang Terawih bukan gi main mercun. Kalo nk main mercun pun, sembahyang lah lapan rakaat dulu. Baru pergi main. Haha.. Ajar orang pulak.. So, Nassif ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amalan baik kita pada bulan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Love,
Nell

Monday, August 17, 2009

What Could I Say Here??

Hey!

Da lama x update blog ni. Actually im busy dgn kerja sekolah and ape² lah yg berkaitan dgn sekolah. Because that x sempat nk update blog ni. What im going to say here?? No Idea rgt now... Nak mula lah tulis merapu² ni.. Hehe..

hurmmm....

I think i know,

First, Nassif nk nasihatkan korang semua lah walaupun Nassif ni x lah pandai nk nasihat org sgt. Hehe.. Tolong jga kesihatan anda. Seperti yg anda semua tahu lah, skrg ni di negara kita ada satu virus yg boleh membawa maut iaitu Influenza A(H1N1). Nassif baru jer lepas dikuarintinkan oleh doktor. Kena tinggal kat umah jer! Boring! G sklh lagi best! So, pls jaga kesihatan anda and family anda.

Second, ape ek??

hurmm...

ha! Baru ingit, kepada semua calon PMR tahun 2009, selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. I wish u all good luck for ur exam. Mcm nak nangis aje sembang psl PMR ni.. Aduhai... It's oke. That's second..

Third pulak, pasal ape plak ek?? haha.. To all my friends yang skrg ni berada di Royal Military Collage, I hope u guys tabah ar hadapi semua cabar & dugaan di situ. Aku tawu korang diseksa di situ & ada juga yg menyesal but u all is the lucky guys because dapat belajar sana. So, sabar ajer lah. Aku dpt berita yg membuat aku terkejut jgk! Haha.. Yg tarik diri tuh xper lah. Maybe korang punyer fizikal x bole tahan dgn seksaan dunia. Macam kita g interview hri tuh lah. The meaning of ASKAR is Azab Sensara Kau Akan Rasa. Haha.. So, memang ada org yg x bole thn nyer. Biasa lah, lumrah kehidupan.. Its okey.. Good Luck lah geng yang ada disitu dari semua company. From company Alpha until company Hotel. Yang paling best skli dri company Foxrott, Charlie, Golf and Eagle. Cayalah korang!

hurmmm...

Fourth pulak, ape lagi ek? Aduh! Nassif blur lah! Update blog pagi² buta ni. hehe.. I think thats all for now. Hope u'll enjoy ur day and life!

-See You Soon-


Love,
Nell

Friday, August 7, 2009

Boring Life!

What is the meaning of 'Boring Life'? ntahlah. Tak bole nk nafikannya. Skrg Nassif nk kata boring life jer lah sbb bnyk sgt dugaan demi dugaan yang perlu ku tempuhi. Setiap detik dan saat diriku diuji dengan pelbagai ujian. Yang paling ku sedih, kecewa, frust, ialah diriku diuji dgn khlgn seorang shbtku yg ku syg. Kehilangannya itu sebagai satu kehilangan yg besar dlm hidup ku kerana dirinya itu adalah seperti diari ku tetapi malangnya sudah hilang tanpa sebab yg kukuh. Adakah salah ku? Apakah dosa ku ini wahai kawan ku? Kehadiranmu itu memberi ketenangan, keceriaan, kegembiraan kepada ku tetapi skrg ini sudah jadi begini dengan sebab yg tidak bole diterima. Aku mengharapkan agar perkara ini bole diselesaikan dan anggapan mu itu adalah satu anggapan yg tidak benar. Wahai sahabatku yg ku hormati, dirimu telah membuat keputusan yg amat mengecewakan diriku tanpa berbincang mahu pun sebab anda membuat keputusan seperti itu. Aku harap agar kita dapat pulih seperti biasa. Kehilangan mu menjadi satu titik noktah yg telah membuatkan diriku kini sayu dan sunyi semula.



Diriku kini ditemani oleh teknologi yang tidak mempunyai nyawa, perasaan dan emosi. Diriku kini menjadi seperti dulu semula yg hilang arah tuju. Kehilangan dirimu memberi kesan yg besar kepada ku. Mungkin dirimu tidak terasa seperti kehilangan tetapi diriku ini.




  • "Nassif, bangun tidor oi",


  • "Nassif, pi makan"


  • "Nassif, bangun smbhyg jumaat"

Kata² ini menjadi kenangan diriku dan tidak akan berlaku lagi. Ku rindu akan semua ini. Wahai sahabatku, aku cuma mengharapkan dirimu supaya hubungan seperti dulu terus terjalin agar diriku tidak menjadi sunyi dan hilang arah tuju. Dirimu itu seperti membimbing ku dan mencari arah tuju seterusnya dari hari demi hari.



"Oh teman, Jalinlah hubugan seperti dahulu"



Love,

Nell

Monday, June 1, 2009

My Jadual Penerbangan ke Tanah Suci Mekah

*
Nassif just nak g tau korang my perjalanan sepanjang di Mekah, Madinah & Jeddah.

----------------------------Jadual Penerbangan----------------------------

Tarikh berlepas dari Alor Setar : 01 Jun 2009 / 9.25 Pagi - 10.25 Pagi
ke Kuala Lumpur (MH1203)

Tarikh berlepas dari K. Lumpur : 01 Jun 2009 / 3.00 Ptg - 8.10 Mlm
ke Madinah (SV833)

Tarikh berlepas dari Madinah : 05 Jun 2009 / 3.00 Ptg - 3.55 Ptg
ke Jeddah (SV1429)

Tarikh berlepas dari Jeddah : 13 Jun 2009 / 11.20 Mlm - 1.00 Ptg
ke Kuala Lumpur (SV832)

Tarikh berlepas dari K. Lumpur : 14 Jun 2009 / 7.55 Mlm - 8.50 Mlm
ke Alor Setar (MH1252)


------------------Jadual semasa berada di Tanah Suci----------------

Hari 01 : Kuala Lumpur / Madinah

Menguruskan perjalanan & tempat tinggal di Madinah

Hari 02 : Madinah Al-Munawwarah

Akan dibawa ke Majlid Nabawi untuk menziarahi makan Rasulullah SAW serta para sahabat baginda. Aturcara bebas.

Hari 03 : Madinah Al-Munawwarah

Aturcara bebas

Hari 04 : Madinah Al-Munawwarah

Akan dibawa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud dan akhir sekali singgah di pasar Kurma sebelum pulang ke tempat penginapan.

Hari 05 : Madinah / Makkah

Ziarah widaq ke makan Rasulullah SAW. Menguruskan tempat tinggal dan seterusnya mengerjakan umrah di Makkah.

Hari 06 : Makkah Al-Mukarramah

Akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahman, Mudzalifah, Masjid Nameerah dan Khaif, Jumrah Al-Ula, Jumrah Al-Wusta dan Jumral Al-Awabah di Mina(tempat melontar untuk jemaah haji) dan singgah di Jaq'ranah.

Hari 07-12 : Makkah Al-Mukarramah

Aturcara bebas

Hari 13 : Makkah/Jeddah/Kuala Lumpur

Mengerjakan tawaf wida' sebelum berangkat pulang ke tanah air dan akan berlepas dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Hari 14 : Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur mengikut jadual penerbangan
*

Sunday, May 24, 2009

Majlis Doa Selamat


Nassif bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin Allah s.w.t Nassif dapat diberi peluang untuk mengerjakan ibadat Umrah pada tahun ini. Keluarga Nassif akan mengadakan Majlis Doa Selamat pada tarikh, hari dan masa yang tertera dibawah;

Hari : Jumaat
Tarikh: 29 Mei 2008 (4 Jamadilakhir 1430 Hijrah)
Masa : Lepas isyak
Tempat : Surau Andalusia Bandar Laguna Merbok

Dengar kata nak tumbang kan seekor kambing. Hehe.. Itu ikut nasib lah. Kalau kambing ada. My family will try my best to find Kambing for this kenduri. So, Nassif harap korang bole datang lah meramaikan majlis tersebut. Kalau ade ape-ape, just contact Nassif. Korang can just contact me in Myspace,Friendster, Facebook or email dekat Nassif. Kawan² Nassif yang ada no.tel Nassif boleh lah call Nassif sendiri atau hantar message. Oklah. Doa²kan semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar tanpa alir lintang. Wassalam....

Monday, May 18, 2009

Sorry Guyz

Hey u, I'm very² sorry b'coz buat masa skrg nie Nassif x ada masa lah nak update my blog nie! I know ramai dah orang tanya Nassif bila nak update blog. Member² sklh lama and kenalan Nassif kat Facebook, Myspace & Friendster but sorry lah ek? Nassif akan cuba sedaya upaya untuk luangkan masa Nassif untuk update blog Nassif. Ada yang nak tahu tentang my trip to Thailand. Hahaha.. Nassif ambil peluang ini untuk beritahu korang memang BEST GILER ar pergi sana! Nanti Nassif update blog Nassif citer pasal trip tuh. Korang jangan risaulah, Nassif akan update nanti. Korang just tunggu jer ek? So, okey lah. Eh, sebelum tuh. G00D LuCK for ur Mid-Term exam. Skrg nie minggu periksa. Well, nak cuti lah katakan! okey lah! Hope ur will enjoy the day and life. Jangan lupa Study! Mid-Term nie Nassif kena dapat at least 5 A's. Thats my target. Doa² kan ek untuk Nassif supaya dapat mencapai sasaran Nassif. Anyway Always Be Happy. Chow!

Wednesday, March 18, 2009

School Break

Yay! inilah saat-saat yang dinantikan oleh aku! hehe.. aku bole tidor and bangun lewat! ini yg best! And mesti ada dikalangan korang yg akan or yang sudah pergi bercuti with ur family isn't.. Best lah korang. Nassif cuti ni dok rumah jer! Xpe lah. Nassif x kesah sangat. Tapi yang paling best kan, bila dapat bngn lewat! Perghhh!! BESTTTT!!! haha! mesti korang ingat aku ni mcm malas nk bangun tidor.. Nassif bukan mcm tuh lah.. Masa bukan cuti sekolah, bangun awal giler.. Subuh-subuh dah bangun dah. Then, mulakan XTVT harian Nassif. So, itu lah yang Nassif nak kongsi dgn korang my cuti sekolah nie and satu lagi, Nassif online x tentu masa, Xder masa konon nyer lah.. Hehe.. So, okey lah korang! Chow!!!

Mohd Nassif Mohd Nasir a.k.a. Nell
-

Saturday, March 7, 2009

My Life

-
Hey guys. How are you? Nassif harap korng semua sihat lah ek disamping keluarga yang tersyg. Nassif dah berbulan-bulan tak update blog Nassif ni coz busy dgn sekolah, homework, and macam-macam lagi lah. So, sorry ek! Nassif banyak libatkan diri dalam bidang kokurikulum awal-awal tahun ni. Kepada kawan-kawan Nassif yang satu sekolah sdg baca blog ni, korang tahu lah kan macam mana aku skrg. Boleh dikatakan org yg plg busy sekali dlm kelas. Hehehe... Eh korang, I just nk share sikit-skit pasal cuti Nassif bulan 12 hri tuh. Nothing special actually. Nassif just pergi Kuala Lumpur, Cherating di Kuantan, Pahang and Melaka. Yang paling best Melaka lah because pergi ramai-ramai. Hehe.. Then, pergi Sri Hartamas. Makan dkt situ best-best. Sedap-sedap. But paling mnyeksa sekali bila nak bayar tuh. Arghhhh.. Hehe. Korang pon mesti tahu lah kan mcm mna harga makanan kat situ. Tapi dah makan punya pasal, bayar lah jugak. About my school pulak, Nassif ambil aliran Enginering. Nassif enjoy aliran tuh tapi ade jugak subjek yg pening2 skit. Minat punya pasal, x kesah. Nassif rasa setakat ini saja lah kot yg Nassif nk kongsi dgn korang semua. Eh2, macam ada lagi jer yang nk dikongsi dgn korang. Aper ek???? Yeah. Dah tahu, Nassif insyaallah kalo tak ada halangan. I'm going to Krabi, Thailand and also Mekah untuk memunaikan umrah. Nak pergi Phuket pada 30 April nie and menunaikan Umrah pada hujung bulan Mei. Untuk keterangan lebih tepat nanti, Nassif bagi tahu korang lain lah ek. So, rase tak ada ape dah kot. Ade ape2 nanti Nassif update blog ni and korang baca lah ek.? So, thanks coz sudi luangkan masa korang untuk baca blog saye yang hodoh and buruk ni. Hehe.. Ok. Bye for now. Daa~~~

Saturday, January 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Nassif ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua pembaca blog Nassif

SeLAmaT haRI RaYA AidIlAdhA
-